Thursday, April 9, 2009

gelong-gelong PART 2

Mood : Dh cerah sikit
Tempat : Depan laptop..
Waktu :Ptg da...
Background music : Tell Me...~lalalalala~

ICU

Laptop aku baru lepas kuar ICU. Minggu lepas kuar, lepas tu masuk balik. Baru 2 hari lepas kuar ICU. Oho..xde la tahap ICU pun yang ni..CCU..hehe. Mekasih en pendek kerana akhirnya benda alah ampat segi ni kuar CCU. Menurut hikayat en pendek, laptop aku punya tempat hard disk x ketat. apa la...patut la dia nak kuarkan screw driver masa aku p anta laptop kat die. Paling aku terkejut sekali, dalam bab 2, hikayat tu..dia cakap yang tempat hard disk aku longgar n screw yg dekat tempat hard disk tu tak de. Terkejut beruk aku. En pendek menyambung hikayat nya lagi..."screw yg dekat tempat hard disk tu, saya dah tukar dgn screw yang dkt tmpt men cd. ad due screw yg xda. so, yg satu tu sy tkr dgn screw yg kat tempat men cd. lagi satu screw, sy tkr dgn screw len yg sy ad." Aku tataw la awat jd lagu tu. Maybe masa 1st time laptop aku masuk ICU, sorang abg pusat comp ni bukak kot hard disk ak. aku pun x sure lak. Abg tu pun x cakap pape pun masa die baiki laptop ak. Cuma die kate kena format. Selalunya, kalo format...xda la sampai kene bukak hard disk! musykil2...Lepas en pendek mengahabiskan hikayatnya, Mek Jah pn memulakan hikayat baru..."entah screw mana la dia amek untuk ganti screw tu yuni. Kot-kot screw kipas bilik die yg dh rosak!!" hoho..Pastu, aku pun buat muka terkejut sambil bertanyakan harga service.."emm..brape ek?". En pendek pun menyambung hikayat yg x abes lagik.."eh..takpe..takpe". aku pun wat senyuman kerang kat situ. "TQ le en pendek" (ckp dlm ati..huhu)

Godam

Aku pun menggodam la laptop yang baru kuar CCU. Naseb sumenye ok lepas kuar dr ICU before ni. Kalo jadik lagi lepas ni, ada yang masuk wad dahlia (kat HTAA..adek-bradek tg rambutan) kot pasni. Aku pun buka la satu fail p satu fail. Tetiba aku rasa nak tergelak pulak bila teringat benda alah ni. Tak taw la aku nk describe macam mana. Macam mana la aku boleh tulis benda alah ni. Seingat aku..masa ni aku duduk kat atas kerusi tengah lepak-lepak kat bilik aku kat umah. Lepas tu..entah macam mana la boleh 'terjadi' benda alah ni. Aku bukanlah org yg suka menulis-nulis sajak pun ha. entah apa virus la yang serang aku time tu. hoho. Kalo pantun ke, aku caya la jugak. Uik! gangster pantai dalam! walaupun pantun yg ko gelakkan ritu nada die lebih kurang camni "Ular berlingkar di gulung tikar, tikar dibentang bisakah ular mematuk?", tapi semangat kebumen tak pernah luntur.hohoho. (p/s : itu pantun tak siap la. Aku maen bantai je. Idea xda masa tu. Tgh pulun nk wat pantun jualan. Otak gelong.hoho. Bru cari soklan je pun. Pembayang takda lagi. Last-last, aku buat pantun lain.ngeh2..) . Puisi yang kat bawah ni, hanya tontonan semata-mata...tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang dah ada di alam satu lagi. Untuk KOMSAS pn bukan ye.....


Sebuah Kerusi dan Sebuah Puisi

Sebuah kerusi
Dan sebuah puisi

Aku tak mengerti
Antara keduanya...

Sebuah kerusi dan sebuah puisi
Saling bergandingan
Puisi terlakar indah
Di situ
Di kerusi kaku

Kerusi kaku
Aku duduk
Mencoret puisi bergantungan
Tidak tahu maksud pengakhiran

Antara sebuah puisi
Dan sebuah kerusi
Bait-bait puisi terlakar indah
Di kerusi kaku yang satu itu!

24.6.2003
Teratak Wak Harun...


~erk...apekah repekan ni? Biasala..otak gelong! LLC 401..jia you! jia you!~

0 comments:

Post a Comment