2.19 pagi sudah.
blog bersawang. sifat M muncul. banyak sangat pergi merewang. tapi tak khatam lagi sampai Felda Kemasul.
Mata segar. jiwa bugar. membara hati tiada pudar. darah muda sedang memekar.
senyap bukan tanda bisu. diam bukan tanda setuju. hati dan perasaan punyanya aku. jangan biarkan kata-kata itu terpacul laju.
berkurun bersimpan bikin luluh. jangan ada benci itu lagi. biarkan gelap, tidak menyuluh. kerana x sanggup ku hadapi.
patutkah aku biarkan itu berlaku? terasa kerdil ak bersujud. juga menadah tangan penuh kaku. Doa dipanjatkan penuh tawadu'.
jika bara boleh menjadi api. jiwa ini mungkin. luluhan jiwa tersimpul rapi. tapi genta kesakitan ini membara tersangat mungkin.